Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia.
Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap
muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian
yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak
dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai
dengan hati atau perasaan.
- Muzik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat terdapat dua
kelompok masyarakat iaitu :
Kumpulan masyarakat tradisi tinggi
terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah
yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan.
Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana
dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat
menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan
dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar
di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana
di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari
kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan
termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.
- Tradisi Muzik Rakyat
Disamping tradisi tinggi yang
berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang
terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat
masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri.
Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu
daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang
diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan
lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam
masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur
keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.
- Tradisi Muzik Melayu yang lain
Tradisi muzik melayu yang lain
seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang
keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong,
rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang
dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik
melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik
seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan
masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa
melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik
yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan
dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian
kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut
rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan
masyarakat melayu keturunan Jawa.
Nah,seperti itulah tentang seni musik. Saya anggreani mengucapkan Moga bermanfaat