Dalam
tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang
atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini
bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam
aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan
sebagainya.
Permainan
masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam
kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia itu
sendiri.
Di samping
berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan
beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di
kalangan anggota masyarakat.
Permainan
masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang
dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.
Permainan
untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung
ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.
Permainan
untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah,
main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.
PERMAINAN GASING
Gasing ialah
permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai
Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur
khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.
Permainan
gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
- Permainan untuk bersuka ria
- Pertandingan gasing
- Permainan untuk pertunjukkan.
PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU
Permainan
layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat
padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon
maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.
Permainan
wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan wau juga
diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya
diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian
ciptaan dan ukranya.
PERMAINAN CONGKAK
Permainan
congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum
wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana
iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan
permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi
masa yang banyak terluang.
Permainan
congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak.
Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah.
Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga,
batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh
dua orang sahaja.
MENYABUNG AYAM
Salah satu
permianan bercorak pertandingan yang digemari oleh masyarakat Melayu
tradisional ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan seperti lembu,
kerbau dan ayam. Permaina sabung ayam misalnya diadakan sempenan sesuatu
upacara tertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu tradisional seperti
ketika menyambut kelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja.
Permainan
manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapi
pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan
menyabung dengan cara menyewakan ayamnay jika ayamnya itu telah terkenal sering
beroleh kemenangan.
SEPAK RAGA
Sepaka raga
ialah sejenis permianan yang menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan
yang dinanyam dua hingga tiga lapis. Sepak raga dimainkan oleh beberpapa orang
pemain yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini dimulaid engan salah sorang
pemian melambugkan bola kepada salah seorang pemian yang lain. Pemain lain kan
menimbang bola terbut sebelum diambil oleh orang lain.