Seni gerak
mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan .
Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota
badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis
iaitu seni tari dan seni drama
Seorang ahli
sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni
tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia
melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai
– bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah
dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli
terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti
tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil
daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan
Singapura Dua.
Seni tari
boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh
dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :
- Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
- Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
- Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
- Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
TARIAN ASLI
Tarian ini
dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu
melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta
daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang ,
Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.
TARIAN ASYIK
Tarian ini
adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di
istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian
ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan
ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan
tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian
tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan
dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang
digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian ini
dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang
diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli
tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
TARIAN BALAI
Tarian ini
berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh
gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.
Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang
berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.
CANGGUNG
Kata
tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal
dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang
dunia kedua
TARIAN SITI WAU BULAN
Tarian ini
berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan
temasya dan permainan wau.
TARIAN CINTA SAYANG
Tarian ini
berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan
bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan
sebelum turun ke laut.
TARIAN DABUS
Tarian ini
berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan
kepahlwanan Sayidina Ali.
TARIAN GAMBUS
Tarian ini
berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali
didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.
TARIAN INAI
Tarian ini
adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak
pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa
mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
TARIAN JOGET
Tarian ini
diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta
diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
TARIAN KUDA KEPANG
Tarian ini
ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan
itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu
ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.
TARIAN MAK INANG
Pada zaman
kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada
hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
TARIAN ZAPIN
Tarian ini
dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik
seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.
- DRAMA TRADISOANAL
Drama
tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh
masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun
dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam
masyarakat melayu adalah seperti berikut :
MAIN PUTERI
Drama
tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan.
Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan
sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau
semangat jahat.
MAKYUNG
Makyung
ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasal
daripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal
dari negeri Patani.
MENORA
Menora ialah
sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama
Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.
WAYANG KULIT
Wayang kulit
merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis
seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya
wayang kulit yang masih kekal.